Rabu, 1 Februari 2012

Contoh Panduan Dasar MBMMBI

PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

FOKUS PELAKSANAAN

BIL

BIDANG

PERATUSAN

1

Pengurusan, Fail dan dokumentasi

50

2

Tahap kesedaran dan kefahaman guru

30

3

Persekitaran sekolah

20

BIL

BUTIRAN

PERINCIAN

1

Jawatankuasa Induk

Sekolah Menengah

Sekolah Rendah

Pengerusi

Pengetua

Guru Besar

Timbalan Pengerusi

GPK 1

GPK 1

Naib Pengerusi 1

GPK HEM

GPK HEM

Naib Pengerusi 2

GPK KK

GPK KK

Naib Pengerusi 3

(jika ada)

Penyelia Petang

Penyelia Petang

Setiausaha

GKMP Bahasa

Ketua Panitia BM

Naib Setiausaha 1

Ketua Panitia BM

Ketua Panitia BI

Naib Setiausaha 2

Ketua Panitia BI

mmmmmmmmmm

Ahli Jawatankuasa

Semua GKMP

Semua Ketua Panitia

Semua Ketua Panitia

Fail Induk

1. Program khas KPM

2. Kod Fail : JBA ____/600-10/_____

3. Kandungan :

a. Surat Pekeliling

b. Surat Arahan

c. Panduan Pelaksanaan

d. Buku Panduan KPM

e. Jawatankuasa

f. Pelan Tindakan

g. Program Pelaksanaan

Program dan Perancangan

1. Program Kurikulum dan Kokurikulum Akademik Bahasa

2. Sasaran / KPI / Laporan :

a. Sekolah Menengah :

i. Prestasi Bahasa Melayu semua tingkatan

ii. Prestasi Bahasa Inggeris semua tingkatan

iii. Program Intervensi bahasa

iv. Pelaksanaan majlis rasmi sekolah – Perhimpunan mingguan dan majlis lain

v. Program akademik / Koakademik Bahasa

vi. Kursus Dalaman berkaitan bahasa

vii. Kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan agensi lain berkaitan

bahasa

viii. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan ( Oktober)

ix. Citra Bahasa

x. Program Bacaan NILAM

b. Sekolah Rendah

i. Prestasi Bahasa Melayu semua tahun

ii. Prestasi Bahasa Inggeris semua tahun

iii. Pelaksanaan majlis rasmi sekolah – Perhimpunan mingguan dan majlis rasmi

iv. Program Transisi Tahun 1

v. Program LINUS (Tahun 1,2 dan 3)

vi. Pelaksanaan KSSR (Tahun 1 dan 2)

vii. Pembudayaan PBS (Tahun 1 dan 2)

viii. Program PROTIM

ix. Penutur Jati / ETA (jika terbabit)

x. Program Akademik / Koakademik Bahasa

xi. Kursus Dalaman berkaitan bahasa

xii. Kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan agensi lain berkaitan bahasa.

xiii. Pelancaaran Bulan Bahasa Kebangsaan (Oktober)

xiv. Bijak Kamus

xv. Citra Bahasa / EW20

xvi. Program Bacaaan NILAM

Modus Operandi Jawatankuasa Induk MBMMBI Sekolah

1. Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

2. Pelaporan perlu dihantar ke JK Induk MBMMBI Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Novenber setiap tahun.

2

Tahap Kesedaran dan Kefahaman Guru

a. Soft Landing PPSMI

b. Pengoperasian Dasar MBMMBI

i. Transformasi Kurikulum

1. Bermula dengan KSSR Tahun 1

- Pertmbahan masa BI Tahun 1

- Pertambahan masa BM Tahun 1 di SJK

- Strategi pelaksanaan PdP Bahasa

- Elemen didik hibur dan seni bahasa dalam PdP

- PBS – Standard prestasi

2. LINUS Tahun 1, 2 dan 3

ii. Penutur Jati mendokong dasar MBMMBI

iii. Penggunaan bahan digital MBMMBI (rujuk PKG)

iv. Prestasi pengunjuran, penyertaan dan pencapaian dalam koakademik bahasa

1. Tahun 1 (dalam PdP)

2. Tahun 2 – 6 (zon, daerah dan negeri)

v. Kualiti guru bahasa

1. Kursus bahasa

2. Bilangan guru opsyen

3. Kursus dalaman

vi. Prestasi penguasaan bahasa

1. Peperiksaan

2. PBS

3

Persekitaran Sekolah

a. Pelabelan, papan tanda dan petunjuk arah – memenuhi dasar MBMMBI

b. Persekitaran kondusif untuk membantu peningkatan bahasa

i. Ruang atau sudut bahasa

ii. Bilik atau Makmal bahasa

iii. Papan kenyataan

iv. Sudut ilmu

v. Sudut pengucapan awam

Isnin, 26 Disember 2011

Kenduri tahlil...adakah salah?


Kenduri kematian atau kenduri tahlil bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Lazimnya kenduri ini diadakan selepas berlaku kematian mana mana ahli keluarga.Oleh kerana kenduri tahlil ini merupakan sesuatu yang seolah olah menjadi kemestian diadakan apabila ada kematian,ianya menjadi satu fenomena yang pelik jika sesebuah keluarga itu tidak mengadakan kenduri tahlil jika ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.Malah masyarakat akan beranggapan keluarga berkenaan terlalu kedekut atau tidak memahami ajaran agama islam untuk menyampaikan doa dan pahala kepada simati.

Biasanya di dalam majlis tahlil ini kaum keluarga akan berkumpul menyediakan jamuan untuk tetamu sambil mengadakan majlis tahlil dan diakhiri dengan jamuan. Lazimnya tahlil dalam masyarakat melayu dimulai dengan bacaan al fatihah, surah al ikhlas,surah an nas,surah al falaq,surah al baqarah ayat 1 hingga 6 dan ayat kursi serta sebahagian ayat ayat al quran dan kalimah Laa Ilaha Illa Allah sebanyak 100 kali dan diakhiri dengan doa tahlil. Imam yang mengetuai bacaan tahlil dan doa akan membacakan niat menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada simati dengan menyebut khusus nama simati tersebut.

Dalil-dalil membuat kenduri tahlil arwah:


عَنْ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَيْضًا اَنَّ نَاسًا مِنْ اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا لِِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُُُُُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ذَهَبَ اَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلاُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ .

قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Ertinya: Diriwayatkan daripada Abi Zar r.a, telah bertanya oleh beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w, “wahai Rasulullah telah pergilah orang-orang hartawan dengan pahala yang banyak maka sembahyang mereka itu sepertimana kami sembahyang dan puasa mereka itu sepertimana kami puasa dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaan mereka”. Telah menjawab oleh Nabi s.a.w, “adakah kamu bersusah hati?. Bukankah telah dijadikan oleh Allah bagimu sesuatu yang boleh kamu bersedekah dengannya.

Sesungguhnya bagi tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, melarang kemungkaran itu sedekah dan pada berjimak kamu itu juga sedekah”. Berkata para sahabat, “adakah bagi seseorang kami pahala dengan menunaikan shahwat?”. Jawab Rasulullah s.a.w “bagaimanakah perkiraan kamu jika kamu tunaikan shahwat itu kepada yang haram?, adakah kamu berdosa?. Maka seperti demikian pulalah apabila kamu menunaikan shahwat pada yang halal nescaya bagimu itu pahala”.

Hadis riwayat Muslim.

وَرَوَيْنَا فِى سُنَنِ الْبَيْهَقِىْ بِاِسْنَادٍ حَسَنٍ اَنَّ اِبْنَ عُمَرَ اِسْتَحَبَّ اَنْ يُقْرَأَ

عَلَى الْقَبْرِ بَعْدَ دَفْنِ اَوَّلُ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا

Ertinya: Telah kami meriwayatkan di dalam sunan Al-Baihaqi dengan isnad yang hasan bahawa Ibnu Umar menyunatkan bahawa dibacakan atas kubur selepas wafat, awal surah Al-Baqarah dan akhirnya.

Hadis riwayat Ibnu Mubarak daripada Sulaiman At-Taimi daripada Abi Usman daripada Ma’qil bin Yasar, beliau berkata: “Telah bersabda Nabi s.a.w

اِقْرَأُوْا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ

Ertinya: Bacalah surah Yasin atas mereka yang mati dikalangan kamu.

Banyak pandangan mengenai keharusan mengadakan kenduri tahlil ini.malah ada pandangan yang mengatakan bahawa nabi Muhammad tidak pernah melarang untuk berbuat demikian.Majlis kenduri tahlil adalah majlis zikir dan tidak salah mengadakannya,malah ramai ulama’ yang menghukumkan pahala bacaan al Quran sampai kepada simati. Oleh kerana amalan tersebut sampai kepada simati,maka mengadakan mengadakan kenduri tahlil tidak menjadi kesalahan dan bukanlah perkara bidah kerana di dalamnya terkandung bacaan al Quran dan pahala bacaan al quran tersebut dihadiahkan kepada simati.kalaupun ianya dikra bidah,ia merupakan bidah yang dikira baik.

Persoalan yang timbul hari ini ialah cara perlaksanaan majlis tahlil itu yang diadakan.Kita sedia maklum bahawa kenduri tahlil ini melibatkan pembacaan ayat ayat al quran,selawat,istigfar dan juga doa untuk simati. Aktiviti ini semua termasuk dalam amal soleh,ianya sangat digalakkan, tetapi malangnya terdapat sebahagian tetamu yang hadir tidak bersama sama dalam majlis tahlil ini,ada yang berborak kosong apabila sebahagian yang lain sedang berzikir.malah kaum keluarga tuan rumah pula sibuk menyediakan persediaan jamuan.

Ada juga tuan rumah yang sanggup berhutang untuk menjayakan kenduri majlis tahlil ini apatah lagi ia melibatkan tiga hari berturut turut.Ianya memerlukan sebahagian modal yang besar untuk membeli keperluan khususnya keperluan untuk jamuan yang akan dijamu kepada para jemputan nanti. Para jemputan juga selalunya akan membuat andaian menu yang menarik yang akan dihidangkan selepas majlis tahlil nanti.Kesudahannya majlis tahlil bertukar kepada majlis makan sahaja.

Ada juga majlis tahlil ni di buat oleh sedara mara/waris simati dengan duit simati yang belum diselesaikan pembahagian harta pusakanya atau juga duit anak anak waris yang telah menjadi yatim piatu. Kalau tak buat org mengata pulak, bila buat tak kena dengan hukum pulak. Adakah menjamu orang ramai makan dan minum itu menyalahi dari segi hukum syarak? Siapa yang rasa mahu menjamu makanan dipersilakan, cumanya kena faham bahawa kenduri tahlil itu bukan wajib.

Terdapat sebahagian terutamanya golongan muda kini hanya menganggap majlis tahlil ini hanya majlis makan makan sahaja. Sebab itu kebanyakan mereka yang datang ke majlis kenduri tahlil ini hanya menunggu majlis jamuan sahaja. Mereka tidak duduk bersama sama dalam majlis tahlil.malah ada dikalangan generasi yang berpendidikan agama pun tidak mahu bersama sama dalam majlis tahlil ini.Alasan mereka majlis ini amalan bidah.tetapi apabila keluarga mereka mengadakan majlis kenduri tahli pula,mereka tidak pula pula menentangnya.

Kerana itulah kebanyakan majlis tahlil ini hanya diketuai oleh orang orang yang telah tua sahaja.Generasi muda kebanyakan tidak mahu terlibat atau sebenarnya tidak tahu mengenai cara cara mengendalikan majlis tahlil.

Masyarakat hari ini, terlalu sibuk dan tidak ambik perhatian dengan jiran dan kejiranan. jika kita membuat satu-satu majlis seperti menjamu makan dengan sempena sesuatu perkara, kita akan menjemput jiran,maka secara tidak langsung kita membina hubungan silaturahim dengan jiran dan saudara mara Jika tidak ada majlis jamuan makan, adakah saudara mara atau jiran tetangga mahu saja-saja datang rumah kita untuk membina silaturahim ini?

Melalui majlis tahlil dan Yassin, sekurang-kurangnya saudara yang jauh, jiran tetangga akan datang juga untuk mengeratkan hubungan persaudaraan ini. Hanya jangan kita menanggap majlis tahlil itu wajib.

Daripada menjamu makan di majlis hari jadi yang akan timbul perkara yang lagha atau selingan maksiat, baiklah buat majlis tahlil mengikut kaedah yang sebenarnya ,tentu ada keberkatannya.

Umumnya majlis kenduri tahlil ini selalunya dibuat selama 3 hari berturut turut, hari ke 7 ,hari ke 40 dan ke 100 pulak. Selepas itu kenduri tahlil akan diadakan setahun sekali.lama kelamaan langsung tidak dibuat. Bagi sesetengah bangsa dan tempat pula kenduri tahlil hari ke 100 diadakan secara besar besaran tak ubah seperti kenduri kahwin.

Apabila bilangan hari ini dijadikan kepercayaan ,maka ia pasti menyalahi kehendak agama,ia hanya memenuhi kehendak adat semata mata. Apatah lagi sekiranya kenduri tahlil ini diadakan 3 hari berturut turut selepas kematian salah seorang ahli keluarga. Ia pasti menambah beban yang ditanggung oleh waris simati yang sedang dilanda musibah dan kesedihan.Apatah lagi keluarga simati terpaksa pula bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan kenduri 3 hari berturut turut.Sedangkan rasa sedih mereka di atas kematian ahli keluarga masih belum hilang lagi.

Kenduri arwah yang selalu diadakan oleh masyarakat melayu pada hari ini pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati lebih lebih lagi jika ia diadakan mengikut bilangan hari hari yang telah ditetapkan.

Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ . اَنَّهُمْ لَنْ يُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَيْئًا

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".

Al-Jasiyah, 45:18-19.

Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah.

Namun begitu di dalam majlis kenduri kematian dan arwah yang dilakukan dalam masyarakat melayu pada hari ini,membuktikan bahawa walaupun ahli keluarga si mati bersedih,namun dengan mengadakan majlis kenduri tahlil dan arwah itu,akan mengurangkan rasa kesedihan mereka,bahkan mereka merasa gembira kerana majlis tersebut melibatkan bacaan al quran,tahlil,tasbih dan lain lain amalan yang baik yang dihadiahkan pahalanya kepada si mati.Mereka menggangap amalan tersebut sebagai satu usaha untuk menolong kaum kerabat mereka yang telah meninggal dunia.

Persoalan yang timbul pada hari ini ialah amalan kenduri tahlil ini adakah salah dari sudut hukum syariat atau menyalahi aqidah.Adakah amalan ini semakin tepat atau menyesatkan?