




27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Saya telah ditugaskan untuk membaca khutbah di Surau Muhammadiah Parit 2 Timur dan di imamkan oleh en Daud Bin Salleh.Selepas Solat Hari Raya seluruh ahli qariah bergotong royong dalam majlis qurban.Sebanyak 72 orang ahli qariah telah mendapat sumbangan dari obadat qurban yang dilaksanakan. Terima kasih kepaa individu yang telah berqurban. Harapnya tahun hadapan ada lagi individu yang ikhlas untuk berqurban.Semoga amalan berqurban kita diterima Allah.
Malamnya pula en daud mengadakan kenduri cukur cucu dan tahlil,sekali saya terpaksa mengetuai acara,dimulakan dengan bacaan al Quran surah Ali Imran yang dibaca oleh en Aziz dan menamakan bayi oleh saya sendiri.Makan percuma lagi.
Hari kedua raya seekor lagi lembu diqurbankan untuk ahli qariah parit 2 Timur.
Seawal pukul 7 pagi lembu telah disembelih dan gotong royong berterusan sehingga jam 1.00 tengahari. Majlis jamuan juga diadakan untuk seluruh penduduk kampong parit 2 Timur.Sebelum tu majlis dimulakan dengan acara tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh saya sendiri.Masa jamuan yang ditunggu tunggu apabila sop tulang istimewa menjadi rebutan hingga tak sedar kepala dah pening kerana terlebih makan.Jam 12.00 tgh terpaksa ke rumah arwah Hj Basri untuk majlis kenduri tahlil dan doa selamat,terpaksa tinggalkan majlis sekejap untuk menunaikan jemputan. Selepas selesai di rumah arwah hj Basri,semua penduduk bergotong royong mengemaskan peralatan dan masing masing pulang dengan bekalan daging yang diagihkan.
Hari ketiga raya majlis qurban diadakan di rumah azizan(kasim) pukul 7 dah sembelih...sebab tukang sembelih nak cepat ada 15 ekor lagi nak sembelih.Terima kasih kepada penduduk kampong yang sanggup bergotong royong.
Tengahari pula kenduri lagi di rumah cikgu asmuni.Asyik makan free lagi....Iniilah cara hidup masyarakat kampong yang masih mengekalkan semangat gotong royong dan kerjasama dlam apa sahaja urusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan