Selasa, 11 Oktober 2011

Nikmat sihat sesudah sakit

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar. Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa.. Sakit. 

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah? 
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". 

Begitulah yang terjadi kepada saya apabila dipilih oleh Allah untuk merasai ujian kesakitan…
bermula 7 febuari 2010,saya mengalami masalah sakit pinggang hingga menjalar ke kaki…kebas hingga tidak boleh berjalan..semuanya bermula apabila saya balik dari menghadiri kuliah oum di Kuala Lumpur…kesakitan mula dirasai apabila duduk di dalam kereta selama lebih kurang 2 jam…ingatkan sakit pinggang biasa je…sampai di rumah, saya terlantar…hampirtidak boleh menggerakkan kaki kiri..teramat sakit…petang itu juga isteri membawa saya ke rumah seorang bidan kampong untuk berurut…seksanya…nak naik kereta pun terpaksa isteri usung perlahan lahan…sesampai di rumah bidan…timbul masalah lagi…pertama…nak turun dari kereta…kedua…nak naik tangga rumah kampong…

Masyallah…tak boleh nak digambarkan siksanya ketika itu…untuk turun dari kereta dan naiktangga pun dah mengambil masa hampir 10 minit….ketiga…masalah untuk baring meniarap…terasa pinggang hingga ke kaki kiri dah tak mampu menanggung kesakitan yang amat sangat…Bidan meminta izin untuk mengurut sambil dibantu oleh isteri…Allah Akbar…sakitnya…kena “tajam”(bahasa banjar)jenis penyakit angin dalam urat…



Bidan kemudian menyapu kapur di atas pinggang…ada sedikit kurang tapi masih terasa sakitnya….. Tidur malam dalam keadaan sakit lagi…kaki dah tak boleh digerakkan..terpaksa diampu…esok paginya,saya minta pertolongan jiran untuk bawa ke klinik…dapat cuti 3 hari…. Disember 2010….sakit pinggang hingga ke kaki berulang kembali…kali ini lebih teruk lagi…hampir 2 minggu saya tak boleh berjalan…terbaring di atas katil…makan pun beberapa suap sahaja..selepas itu baring semula…sakit yang teramat sangat…klinik dah beberapa kali pergi….berurut dah tak terkira banyaknya….sampai lebam pinggang kena urut…tak baik juga….yang kata kena gangguan pun ada…macam macam kata orang…nasib baik dalam cuti sekolah….selepas itu hampir satu bulan saya tidak dapat berjalan dengan sempurna…terpaksa mengheret kaki kiri…solat pun terpaksa duduk sebab tak tahan berdiri lama… 

Kemudian isteri bawa saya ke hospital kerajaan…saya minta untuk di buat pemeriksaan imbasan…tapi doktor kata tiada apa apa masalah….geram rasanya…rasa sakit tak tertanggung…tapi jawapan doktor begitu mengecewakan saya…doktor hanya suruh saya datanglagi selepas dua minggu….dah la menunggu giliran terlalu lama…apabila tiba waktu pemeriksaan,tak sampai 10 minit…patut la ramai yang merunggut kepada perkhidmatan hospital kerajaan….sabar…sabar… 

Rasa sakit yang tak tertanggung menyebabkan saya nekad untuk mendapatka rawatan di salah sebuah klinik pakar sukan di Subang jaya…hampir satu jam doktor memeriksa saya termasuk sessi x ray…jawapan yang memeranjatkan saya walaupun doktor kata tak pasti 100%...namun saya berpuas hati…sekurang kurang jawapan kepada punca kesakitan yang saya alami selama ini hampir terjawab…doktor minta saya membuat imbasan (MRI Scan) dengan segera…untuk mendapatkan kepastian… Sekali lagi saya pergi ke salah sebuah hospital kerajaan yang terkenal untuk membuat imbasan..

Sekali lagi saya diuji dengan kesabaran…3 bulan lagi baru boleh untuk membuat imbasan..3 bulan? 3 jam pun dah terasa sakitnya…jawab saya dalam hati sahaja…kalau encik dah tak tahan,pergi terus ke wad kecemasan “kata staff di situ…”kat sini kena ikut giliran”….jawapan yang sungguh sungguh mengecewakan saya….saya termenung seketika…jam baru pukul 10 pagi pada masa itu…memikirkan apa yang patut saya buat lagi…. 

Entah dimana datangnya eidea…saya terus ke Bandar Shah Alam. Saya nekad pergi ke Darul Ehsan centre(DEMC).Pukul 11 pagi dah sampai di DEMC..saya terus ke bahagian imbasan dan bertanya prosedur untuk membuat MRI Scan…Alhamdulillah…imbasan boleh dilakukan pada jam 2 petang itu juga…

Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang agak banyak tetapi saya puas hati dengan keputusan imbasan…hampir satu jam saya melalui proses imbasan…penat sungguh..tak boleh bergerak gerak…tapi itulah kaedah terkini untuk mengesan penyakit….saya disahkan oleh doktor mengalami masalah slipped disc dan tulang belakang bengkok… 

Setelah berbincang,doktor memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membuat pilihan sama ada membuat pembedahan atau kaedah lain…Alhamdulillah Allah memberi saya ruang dan peluang…saya membaca satu ruangankesihatan berkaitan masalah tulang di akhbar metro…tanpa berlenggah saya terus membuka blog Dr Nizar Abd jalil dan menghantar email serta laporan imbasan yang telah saya buat…jawapan yang segera dari doktor Nizar,meminta saya segera ke HUSM Kubang kerian untuk membuat pembedahan secara operate radio frekuensi intradiskal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression) 

20 januari 2011…..
Ditemani isteri,saya pergi ke Kota Baru Kelantan menaiki kapal terbang…bermalam di sebuah hotel berhadapan dengan HUSM. 

21 januari 2011…10.30 pagi…
Saya dibawa masuk ke bilik pembedahan…proses operate radio frekuensi intradiskal dibuat dalam keadaan saya sedar sepenuhnya…memang ajaib kaedah suntikan laser ini… 12.30 tengahari…proses pembedahan selesai….saya di bawa ke wad…sesuatu yang memeranjatkan saya….pukul 5.30 petang..saya sudah boleh keluar wad…boleh berjalan tanpa ada rasa sakit lagi….. 

Ahamdulilah selesai menjalani radio frekuensi intradiskal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression) 22 januari 2011…bertolak balik ke kampong….mendapat cuti sakit selama 7 hari sahaja…ramai kawan kawan yang tak percaya saya hanya dapat cuti 7 hari sahaja tetapi apabila saya menceritakan keadaan sebenar,barulah mereka faham tentang teknologi perubatan terkini. Alhamdulillah,sehingga kini saya masalah kesakitan yang saya alami telah hilang,Cuma kadang kadang ada rasa kebas di pinggang..kesan suntikan itu… 

Terima kasih kepada Dr nizar( Anaesthesiologi & Pain Specialist di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),atas pengorbanan beliau membantu pesakit dengan kos yg sangat berpatutan dan mampu...terima kasih atas doa keluarga dan kawan2....dan kepada zaujati yg banyak berkorban selama ini...

Ingatlah…. Kesakitan itu bukan bermakna Allah taala membenci kita, sebaliknya sakit itu sebenarnya adalah sebagai satu ujian bagi membuka minda dan hati kita untuk mengkoreksi diri dan seterusnya menginsafi bertapa kerdilnya kita di dunia ini. nikmatnya sihat sesudah merasai sakit...tapi selalu tak terasa nikmat semasa sihat...masa sakit barulah terasa...masa sihat selepas sakit tu la tak dapat nak gambarkan betapa bersyukurnya dah sihat... 

Maka….. Kalau sakit itu adalah ujian untuk membawa kita kepada erti kesabaran dan keinsafan maka, nikmat pula adalah ujian untuk mengajak kita ke arah makna kesyukuran dan ketundukan. Sakit memang tidak enak, orang sakit hatinya sudah kecil,Jangan diperkecil lagi dengan kritikan,Menerima sakit dengan ihlas adalah pahala Bahkan diampuni dosanya

” Ya Allah ya Tuhan KamiHanya engkaulah yang menghilangkan kesedihan Engkaulah yang Maha Menyembuhkan Tidak ada yang mampu menyembuhkan Kecuali hanya Engkau yang menyembuhkan Sembuh tanpa terasa sakit” 

Ya Allah Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”. 

Alhamdulillah..keberkesanan operate radio frekuensi intradiskal (Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression) sudah terbukti untuk masalah slipped disc dan tulang belakang...

Syukur yang tak terhingga kepadaMu ya Ilahi…

7 ulasan:

  1. salam
    bole sy tahu bagaimana keaadan sekarang?
    dgn dr nizar slipped disc bole pulih ke?
    bole beri sedikit kekuatan untuk sy cuba cara dr nizar.. terima kasih..
    salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.dah ok.sgt berkesan.leh tgok kt blog dr nizar abd jalil.

      Padam
  2. Assalamualaikum...harap saudara sudah sembuh sepenuhnya..aamiinn...boleh saya dptkn no contact dr. Nizar utk bertanyakn ttg prosedur rawatan...terima kasih.

    BalasPadam
  3. berapa kos rawatan tersebut? saya pun mengalami slipped disc di tengkuk

    BalasPadam
  4. As Salam. Tksh utk semua perkongsian & info2 diatas. Ibu saya pernah terjatuh dan hingga sekarang mengalami sakit belakang dan bahu hingga tangan sukar bergerak apa lagi lutut sukar dilipat waktu sembahyang. Boleh berikan no contact Dr Nizar bagi tindakan lanjut... Tksh

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum . Sehingga sekrg kesihatan tuan mcmna? Perlu suntik rf lgi ke slps suntikan 1 dulu? Saya ada masalah l4, l5, s1 dan masih ragu2 utk dptkan rf ni, .. Takut

    BalasPadam