Khamis, 3 November 2011
Perjuangan bermula
Salam,
Semakin banyak peluang didapati setelah saya mengambil peluang untuk belajar dan mengadaptasikan diri sebagai penulis……
Segalanya bermula apabila mendapat tip tip tang sungguh bermakna dari Tuan Zamri yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai penulis bebas.
Rasanya masih belum terlambat di usia 40 an untuk menghasilkan karya….dari peringkat sekolah rendah kita menulis,sehingga ke sekolah menengah,sehingga kini,sebenarnya setiap orang boleh menghasilkan karya melalui penulisan…kerana Kuasa kreatif tidak mengira umur….
Saya tertarik dengan hasil penulisan Prof Dr Kamil Ibrahim…..semakin matang beliau,semakin kreatif menghasilkan idea idea baru…lihat sahajalah buku travelog haji…begitu berkesan sekali hingga siapa yang membacanya pasti mengalirkan air mata kesedaran….dan hingga kini beliau semakin rancak adalam aktiviti penulisannya…
sebenarnya semakin tua…semakin banyak kita menggerakkan minda bagi memahami dan memikirkan apa yang hendak ditulis. Masih banyak lagi ruang untuk kita menyampaikan idea idea bernas melalui penulisan..kerana menulis adalah jihad kita dan menulis adalah membaca….menulis juga boleh mengubah dunia..
Semoga Allah rahmati..Allah kasihi….Allah berkati dalam menjadi penulis bestseller.
Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan